KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tangga kelima daripada 10 negara yang hangat membicarakan filem Marvel Cinematic Universe (MCU), Avengers: Endgame di laman sosial Twitter sebaik secara rasminya ditayangkan pada minggu lalu.

Berada pada tangga teratas ialah Amerika Syarikat (AS) sebelum diikuti oleh Brazil, Filipina dan Thailand.

AS dan Brazil berkongsi ‘keghairahan’ yang sama apabila peminat filem itu saling mencipta perbualan filem itu di Twitter.

Jelas sekali filem yang turut dikenali sebagai Infinity Saga itu memberikan magisnya yang tersendiri sehingga ada sanggup menonton buah tangan Anthony dan John Russo lebih daripada sekali meskipun durasinya lebih tiga jam!

Dalam pada itu, lima lagi negara yang turut disenaraikan dalam carta itu ialah Jepun, United Kingdom, Mexico, Indonesia dan Perancis.

Selepas 11 tahun dengan 22 karya Marvel, Avengers: Endgame ternyata berjaya mencipta fenomena di seluruh dunia dengan rata-ratanya meluahkan pendapat masing-masing di Twitter menerusi #AvengersEndgame.