GEORGIA: Kira-kira empat tahun lalu, Mike Cardenaz, bekas pegawai SWAT menyelamatkan seekor burung kelicap yang tercedera.

Burung itu, yang digelarnya Buzz kemudian dilepaskan semula selepas ia sembuh.

Namun menurut Mark, Buzz tetap datang melawatnya pada waktu tertentu.

Mark menemuinya di bumbung rumahnya dengan sayap yang patah dan kesejukan.

Mark menjaganya selama lapan minggu sehingga ia dapat terbang semula.

Setahun kemudian Buzz tiba-tiba muncul kembali dan bertenggek di atas tangannya.

Ternyata haiwan pun tahu erti menghargai orang yang telah menolongnya.