LONDON: Sebuah rancangan televisyen baru-baru ini mendedahkan seorang wanita mendakwa mengahwini dirinya sendiri.

Melissa Denton, 42, menghadiri temu janji dengan seorang lelaki dan membuat pengakuan mengejutkan berkaitan perkara tersebut.

Menurut Daily Star, Denton menganggap temu janji itu sebagai kecurangan kepada dirinya sendiri.

Denton mengaku mengahwini dirinya sendiri pada majlis yang berlangsung Januari tahun lepas yang menelan kos AS$5,200 (RM21,500).

Denton berkata selepas kecewa ditinggalkan bekas kekasihnya, dia mendapat ilham mengahwini dirinya sendiri.

Dia mengaku tiga minggu sebelum itu, pada malam Krismas dia menerima mesej daripada teman lelakinya berkata: “Kamu boleh berkahwin sayang, tapi bukan dengan saya.”

Bagi Denton, kata-kata itu benar kerana ternyata dia boleh berkahwin tetapi dengan dirinya sendiri.

Saya berusia 42 tahun dengan dua anak dan saya telah bercerai dua kali membuat Denton sukar makan dan tidur bahkan tersenyum.

Kata Denton lagi, walaupun tidak sah untuk berkahwin dengan diri sendiri di mana-mana negara, dia percaya semakin ramai orang mempunyai upacara simbolik meraikannya.

Dan dia percaya berkahwin dengan dirinya sendiri memberinya kuasa.