Friday, August 19, 2022

Jakarta mempunyai 17 juta kenderaan berdaftar

Secara Rawak

JAKARTA: Masalah kemacetan atau kesesakan lalu lintas di sini tidak akan selesai dengan pindahnya ibu kota Indonesia ke luar Pulau Jawa.

Gabenor Jakarta Anies Baswedan berkata, sebaliknya, kemacetan akan terus mencengkam ibu kota 12 juta jiwa itu.

Kenyataan beliau itu sebagai respons kepada cadangan Presiden Joko Widodo untuk memindahkan ibu kota Indonesia.

Kesesakan lalu lintas berkenaan dilaporkan mengakibatkan kerugian RM39 setahun.

Kata Anies, memindahkan ibu kota tidak akan secara automatik menyelesaikan masalah kemacetan.

“Kemacetan akan terus berlaku kerana yang menyumbang kepada masalah itu ialah isi rumah dan aktiviti sektor swasta, bukan aktiviti pemerintah,” katanya seperti dilapor Jakarta Post.

Jelasnya, terdapat 17 juta kenderaan berdaftar di Jakarta, tetapi hanya 141,000 kenderaan kerajaan.

Penjawat awam hanya menyumbang 9 peratus daripada penduduk Jakarta.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru