Negara paling bahagia dan derita di dunia

Rakyat negara mana yang paling bahagia dan negara mana pula yang paling tertekan dan derita?

Warga dunia sebenarnya semakin tertekan  dan risau disebabkan pelbagai masalah politik,  sosial dan ekonomi.

Hasil kajian melibatkan 150,000 orang dari 140 negara  mendapati sepertiga warga dunia mengalami tekanan.

Satu daripada lima penduduk dunia  mengalami kemarahan dan kesedihan yang mendalam.

Menurut kajian berkenaan, negara yang paling positif ialah Paraguay,  Panama, Guatemala, Mexico dan Indonesia.

Chad negara yang paling negatif atau memiliki penduduk tidak bahagia yang terbanyak di dunia.

Ia diikuti, Niger, Pantai Gading, Iraq dan Iran.

Tujuh daripada 10 penduduk Chad mengakui harus berjuang memenuhi keperluan hidup.

Sebanyak 61% warga Chad juga  mendakwa mengalami penderitaan fizikal.

Kesusahan yang dialami warga Chad dikatakan berpunca daripada infrastruktur yang tidak memadai dan konflik kekerasan.

Layanan kesihatan dan jaminan sosial di Chad juga lebih buruk daripada negara-negara di Afrika Tengah lainnya, seperti dipetik BBC Indonesia.

Tinjauan kebahagiaan penduduk itu dilakukan Gallup, lembaga kajian pendapat  berpangkalan di Washington DC, Amerika Serikat.

“Negara Amerika Latin mendominasi peringkat teratas daftar negara dengan penduduk dewasa yang mengalami perasaan positif setiap hari,” demikian pernyataan Gallup dalam laporannya.

“Satu-satunya negara di luar kawasan itu ialah Indonesia, yang masuk peringkat teratas sejak 2017,” kata laporan itu.

Para peneliti Gallup antara lain mengemukakan soalan seperti “adakah semalam anda tersenyum atau cukup sering tertawa?” dan “adakah anda diperlakukan secara layak?”.

“Sekitar 71% responden mengaku cukup bahagia. Namun di sisi lain, tingkat stres, kecemasan, dan kesedihan meningkat,” kata laporan itu seperti dipetik BBC lagi.