Monday, June 27, 2022

Suspek utama kes pemerdagangan manusia di Kemboja ditahan polis sebentar tadi

Secara Rawak

KUCHING: Suspek utama dalam kes pemerdagangan manusia yang menyebabkan penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja pada Disember lalu berjaya diberkas Polis Sarawak sebentar tadi.

Suspek yang berusia 26 tahun, ditahan sepasukan anggota siasatan jenayah komersial IPK Sarawak sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sekitar jam 12.20 tengah hari.

Dia sebelum itu menaiki penerbangan dari Pontianak dan tiba di Kuching pada jam 11.45 pagi.

Mengesahkan penahanan, Ketua Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, suspek ditahan bersabit lima kertas siasatan kerana menipu lima mangsa.

“Pihak kami akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin untuk cadangan tuduh.

Suspek yang alamat terakhirnya di Kampung Salak di sini diburu sejak Februari lalu, selepas pihak polis mengambil alih siasatan kes, sepulangnya kesemua mangsa ke Kuching.

Kesemua 47 mangsa, termasuk 40 rakyat Sarawak tiba di Kuching pada 17 Februari lalu selepas lebih 65 hari menjadi tahanan pihak berkuasa Kemboja kerana terlibat dalam sindiket perjudian atas talian.

Mereka ditahan di penjara Beantey Meanchey, selepas ditahan di dua buah rumah di Siem Reap.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru