KUCHING: Peranan utama persatuan adalah melaksanakan tanggungjawab kemasyarakatan serta menjaga kebajikan dan silaturahim antara sesama ahli dan juga komunuiti setempat.

ADUN Kabong, Mohd. Chee Kadir berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Anak Kabong (PAK) pada jam 9.30 pagi di Hotel Domani, Kuching semalam.

Menurut Chee, beliau akan terus memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan persatuan asalkan membawa kebaikan kepada ahli.

Pada masjlis tersebut beliau telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM 15,000 bagi tujuan melaksanakan aktiviti PAK. Beliau seterusnya menyatakan akan terus menaja yuran keahlian ahli baharu bagi mereka yang berhasrat untuk menyertai PAK.

Pada mesyuarat berkenaan PAK turut mengadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa Baharu PA Sesi 2019/2021. Hasil pemilihan seperti berikut:

Pengerusi : Semawi Haji Mohamad
Timbalan Pengerusi: Haji Samsudin Haji Drahman.
Setiausaha: Haji Samasu Haji Johari
Penolong Setiausaha : Rosdi Bin Inai.
Bendahari : Haji Jaya B. Uki.

Ahli Jawatankuasa:

Sulaiman Haji Hashim
Kastami Mudin.
Prof. Madya Dr. Termizi Haji Masron.
Haji Sapie Haji Sabki
Afendi Bin Ali.
Mordiah Perali
Roslin Aite