KUCHING: Usaha Kerajaan Sarawak di bawah naungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membaik pulih keadaan rumah daif di sekitar kawasan DUN Satok akan di lakukan bagi memberi keselesaan yang lebih baik kepada beberapa buah rumah di sekitar kawasan tersebut.

Turut hadir bersama pada lawatan tapak baik pulih rumah adalah ketua ranting, ketua pemuda ranting,penghulu, dan ketua kaum.

Lebih kurang 6 buah rumah yang menerima bantuan dari Kampung Ajibah Abol manakala 4 buah rumah di kawasan Kampung Kudei Lama dan Kampung Kudei Baru (Melayu/Iban) .

Setiap bantuan yang di terima adalah bergantung kepada jenis kerosakan yang dialami seperti atap, tandas, dinding rumah dan lantai.

Bantuan yang dihulurkan adalah bagi tujuan baik pulih sahaja, di mana setiap rumah akan mendapat peruntukan sebanyak RM15,000 bagi tujuan tersebut.

Menurut Penghulu Kampung Ajibah Abol,Haji Mustapha, kerja pembaikan ini akan dilakukan selepas Aidilfitri bagi fasa pertama dan akan di teruskan selepas itu bagi fasa yang seterusnya.

Beliau juga berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak, terutamanya Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg,kerana telah memberi bantuan kepada penduduk kampung dan berharap agar bantuan kerajaan sarawak akan beterusan.