Sunday, December 5, 2021

Keputusan pindah Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah, Sarawak perlu rundingan bersama terlebih dahulu

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing menggesa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Sarawak dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk sama-sama bersatu memberitahu kerajaan persekutuan bahawa perpindahan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak memerlukan perundingan di antara Perdana Menteri, dengan Ketua Menteri Sarawak dan Sabah serta Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Negeri Sabah dan Sarawak.

Masing mendakwa kerajaan persekutuan tidak berbuat demikian sepertimana dalam Perkara 121 (4) Perlembagaan Persekutuan di mana: “Dalam menentukan rekod utama Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Yang di Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Perdana Menteri yang akan berunding dengan Ketua Menteri di Sabah dan Sarawak serta Hakim Besar Mahkamah Tinggi”.

“Di sini seolah-olah Sarawak mungkin akan kehilangan haknya untuk berunding berhubung isu ini sepertimana dalam Perlembagaan Persekutuan,” ujar beliau.

Pada Sabtu lalu, satu  ‘Surat edaran’ daripada Pejabat Ketua Pendaftar bertarikh 19 April 2019 yang diedarkan menerusi WhatsApp menyatakan penempatan semula pejabat itu dari Kuching ke Kota Kinabalu akan berkuat kuasa pada 1 Mei 2019.

Menurut laman sesawang kehakiman.gov.my, Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak bertanggungjawab ke atas pentadbiran mahkamah di seluruh Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Ia berfungi mengeluarkan arahan-arahan dalaman yang berkaitan pentadbiran kehakiman untuk dilaksanakan selarang dengan Ketua Hakim Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar.

Ia turut mengawal selia pentadbiran Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru