MIRI:  Pengerusi GPS berkata, penubuhan pakatan berkenaan adalah tepat pada ketikanya selepas pilihan raya umum ke-14 lalu.

Beliau menyifatkan langkah yang diambil sebagai berani dan menepati kehendak rakyat Sarawak.

“Penubuhan GPS memang tepat pada masanya. Saya dengan GPS kita akan dapat berdiri di atas kaki sendiri,”’ katanya di sini semalam.

Beliau melancarkan GPS Zon 13B di sini.

Jelasnya Abang Johari yang juga Ketua Menteri, GPS akan mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Sarawak.