BEKENU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan memuji usaha yang telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Puan Rosey Haji Yunus untuk menghasilkan sebuah kamus Bahasa Kedayan.

Menurutnya usaha oleh Menteri Muda Wanita dan Pembangunan Kanak-kanak itu disifatkan sangat baik kerana ia adalah salah satu usaha untuk mengekalkan budaya serta identiti masyarakat Kedayan di Sarawak.

Ujarnya lagi, budaya serta Bahasa sesuatu bangsa atau suku kaum itu tidak wajar dilupakan meskipun dunia kini rancak di landasan pemodenan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Malam Kebudayaan Sempena Makan Tahun Perdana 2019 Masyarakat Kedayan disini malam Sabtu.

Tambahnya lagi, beliau juga mahu masyarakat atau kaum-kaum lain terus mempertahankan adat serta budaya yang ada dalam usaha mengekalkan identiti kepelbagaian budaya dalam Sarawak.