KUCHING: Seorang remaja perempuan yang memuat naik video dan teks yang mengutuk Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW telah diberkas pasukan penguat kuasa JAIS Sarawak di rumahnya di sini malam tadi.

Suspek yang berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Semariang Midin di sini malam tadi.

Sumber JAIS memberitahu, suspek kini masih disoal siasat, manakala satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 kerana menghina agama Islam.