KUCHING: “Jangan kerana cinta menjadikan kita hilang wang simpanan, harta dan hubungan kekeluargaan musnah,” nasihati Datuk Seri Fatimah Abdullah, semalam.

Ini bukan cinta biasa, tetapi cinta durjana di media sosial.

Modus operandi lelaki berhati walang itu adalah dengan menggunakan gambar profil tampan.

Juga kata-kata manis dan pujuk rayu.

Mereka ini daripada sindiket Love Scam mampu mencairkan hati ramai wanita di Sarawak.

Kesudahannya banyak bukan sahaja hilang wang simpanan dan harta, tetapi juga keluarga.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak itu , wanita cenderung terjebak dalam jaring cinta durjana laman sosial itu.

Mereka  berusia lebih-lebih lagi dalam lingkungan usia 50 dan 60-an tahun.

Mereka biasanya kesunyian.

Menghairankan, ada juga wanita yang berpendidikan tinggi dan golongan profesional.

Termasuk  peguam, doktor, guru dan isteri orang.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan wanita supaya sentiasa berwaspada agar tidak mudah terpukau oleh sindiket Love Scam.

Sebab lelaki durjana ini sentiasa memburu mangsa berusia kerana mempunyai harta serta wang banyak.

“Sebagai wanita, kita harus berhati-hati dan sentiasa berasa curiga dengan lamaran jejaka tampan dalam laman sosial terutama Facebook supaya tidak menjadi mangsa,” tegasnya dalam sidang media semalam.