SIBU: Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia Jaya (SKBJ) telah menganjurkan Bicara Gemilang Anak Berjaya dengan kerjasama Universiti College of Technology Sarawak (UCTS) sempena program Penetapan Target Tahun Enam 2019 pada Sabtu dan mendapat sambutan yang amat baik.

Guru Besar SK. Kampung Bahagia Jaya, Mohamad Ali bin Kupon memberitahu program yang diadakan mendapat sambutan baik daripada kalangan murid dan juga ibubapa serta penjaga murid .

Menurut Mohamad Ali, beliau selaku penerajui Transformasi Gemilang SKBJ ingin membawa kelainan dalam progam tahunan kali ini yang dianjurkan oleh Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) bersama Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Puan Karen Ting Yieng Ni dan diadakan di Universiti College of Technology Sarawak (UCTS).

“Objektif penganjuran program adalah untuk Meningkatkan peratus UPSR sekolah, memberi kesedaran kepada calon UPSR tentang kepentingan ilmu dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR,
meningkatkan kerjasama para ibu bapa dan pihak sekolah, melahirkan murid yang bermotivasi dan sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri dan menyediakan murid supaya bersedia menghadapi UPSR.

“Dengan kehadiran seramai 227 orang termasuk ibubapa, penjaga, guru dan murid serta disertai beberapa pelajar dan penjaga dari sekolah berhampiran membuktikan golongan ibu bapa memberi kerjasama yang amat baik. Rata-rata ibu bapa dan penjaga memohon dilaksanakan lagi program sedemikian demi pendidikan anak-anak SKBJ pada masa akan datang.

“Program berakhir jam 1 tengah hari dirasakan terlalu sekejap bagi mereka.
Perkongsian pengalaman kejayaan saudara Lazim Yassin sebagai anak kampung Bahagia Jaya diharap mampu menyuntik semangat anak-anak SKBJ untuk terus berusaha berjaya dalam pelajaran. Cerita gaya santainya tentang bekerja sambil belajar di Negara kangaroo bagi menampung kelangsungan hidup suatu masa dahulu. Bukti nyata sebuah usaha yang memerlukan kecekalan.

“Dalam menceritakan latarbelakang pedidikan dan kerjaya, sesi perkongsian pengalaman ketika kecil pernah berniaga kuih dengan bakul juga memberi sentuhan rasa sebak dan tersentuh kalangan anak dan ibuapa. Menariknya kerjaya beliau dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan telah membawa beliau berkunjung keluar negara turut dikongsi bersama anak-anak. Ceramah disudahi dengan pelbagai tips dan persediaan usaha yang pasti membuah kejayaan, ” ujarnya.

Tambahnya, kekuatan dan keberkesanan objektif program kali ini PIBK mengundang Iman Ibrahim selaku pengendali slot Sentuhan Kasih. Suasana sedih menyelubungi dewan kuliah apabila slot anak bersalaman memohon maaf dari penjaga dan ibu bapa.Sentimen ini bagi menimbulkan kekuatan rasa dan membina kasih saya anak dan ibubapa serta memahami kejayaan adalah sebuah usaha sama semua pihak.

“Program ini juga diisi oleh pihak UCTS dengan perkongsian pensyarah di UCTS. Samat Iderus dari Fakulti Kejuruteraan. Beliau menerangkan tentang subjek dan ruang di UCTS kepada murid dan ibu bapa. Tidak lupa juga beliau turut berkongsi pengalamannya hingga berjaya menjadi salah seorang pensyarah di UCTS.

“Rakan strategik yang banyak membantu dalam merealisasikan program kali ini telah didokong kuat oleh Dr. Jamahari dari UCTS sendiri yang juga merupakan bapa kepada salah seorang murid SKBJ.

“Kerjasama sebegini amatlah diharapkan dalam pembangunan dan pendidikan anak-anak di SKBJ. Dengan kehadiran YDP PIBG, Encik Martin juga menjadi suntikan semangat perlaksanaan program kali ini. Semoga kerjasama semua pihak akan sentiasa bertambah baik dalam usaha menggapai Gemilang SKBJ, ” tambahnya.

Dari kiri berkacamata En Samat Iderus pensyarah fakulti kejuruteraan UCTS., Dr Jamahari juga pensyarah dari jabatan pengurusan perniagaan UCTS merangkap rakan strategik PIBK SKBJ, sebelah beliau Encik Martin YDP PIBG, GB MOHD ALI KUPON disebelah hujung penceramah jemputan En Lazim Yassin