SINGKAWANG, Indonesia: Rakyat Indonesia mula memilih hari ini, dalam mencari Presiden baharu dan seluruh anggota pentadbirannya.

Tinjauan Suara Sarawak di kota ini sekitar malam tadi menyaksikan suasana tenang dan aman.

Malah tiada kempen diadakan, mahupun pacakan bendera dan poster.

Bagaimanapun rombongan pelaksana Pemilu sibuk melaksanakan proses demokrasi, dengan kotak-kotak undi dan kertas undi dilihat sibuk di pejabat Kabupaten Singkawang.

Daripada 14 kabupaten di Kalimantan Barat, Kapuas Hulu menyediakan tempat pemungutan suara (TPS) iaitu 1,047 pusat.

   Kordiv PHL Bawaslu Kalbar, Faisal Riza memberitahu, jumlah ini disusul Kota Pontianak (973); Kabupaten Sambas (844); dan Kota Singkawang (736).

   Kabupaten Ketapang 563; Sintang 328; Mempawah 317; Bengkayang 218; Landak 191; Melawi 174; Sekadau 142; Sanggau 76; dan Kayong Utara 27.

Katanya, Bawaslu sebagai badan yang bertanggungjawab menyelaras pemilihan akan memastikan ia dilakukan secara adil.

“Malah kita pastikan pemilih di hospital, pusat perguruan mahupun di sekolah-sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka.