Tuesday, August 16, 2022

Bola Sepak 18TKB MSSM Betong – SMK Kabong tumpaskan St. Augustine 6-1

Secara Rawak

KABONG: Beraksi di gelanggang sendiri dalam Kejohanan Bola Sepak 18 Tahun Ke Bawah (18TKB) Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Peringkat Bahagian Betong, pasukan SMK Kabong tampak mudah menjinakkan pasukan SMK Saint Augustine Betong apabila menang dengan jaringan besar 6-1 petang semalam.

Skuad bimbingan jurulatihnya Zainal Mohd. Yusuf merobek gawang lawan hasil jaringan Abang Azri, Akmal Haikal dan Mirza Safarizan masing -masing dengan satu gol. Mohd. Asna Asyraf pula menjaringkan 2 gol. Satu gol lagi merupakan gol sendiri oleh pemain SMK St. Augustine.

Manakala gol saguhati St. Augustine diperoleh melalui gol sendiri oleh pemain SMK Kabong untuk keputusan penuh SMK Kabong 6 dan SMK St. Augustine 1.

Sementara itu dalam satu lagi aksi, pasukan SMK Spaoh menumpaskan pasukan pasukan SMK Saratok dengan keputusan 4-3 dalam penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 selepas tamat sepenuh masa perlawanan. Keputusan itu membawa aksi sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada pasukan SMK Spaoh.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru