Tuesday, November 29, 2022

Tragedi Uma Bawang: Seorang warga emas melecur, 407 hilang tempat tinggal

Secara Rawak

BELAGA: Seorang warga emas melecur dan 407 yang lain tinggal sehelai sepinggang dalam insiden kebakaran di Uma Bawang, Sungai Asap semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohammad Meramit memberitahu, kebakaran melibatkan dua blok rumah panjang struktur tidak kekal dua tingkat, dengan Blok D – 18 Pintu berkeluasan terbakar dan Blok E – 24 pintu terbakar seratus-peratus.

“Sebuah gereja yang terletak di premis berhampiran turut musnah.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.03 petang, Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu mengaktifkan sebuah jentera, sebuah pacuan empat roda dan sebuah ambulans EMRS ke lokasi, dengan kekuatan 13 anggota.

“Pada masa yang sama, pasukan bomba sukarela Uma Daro Sg Asap turut digerakkan, dengan kekuatan sebuah Proton Arena dan 45 anggota, diketuai Kr Tirah Lawai@ Liwan.

“Memandangkan perjalanan kami jauh, pasukan bomba sukarela telah berjaya melawan api, dan berjaya mengawal kebakaran sekitar jam 7.00 malam.

Operasi pemadaman awal katanya, menggunakan empat aliran 400 kaki dan empat nozel melalui pam dan air dari pili bomba yang berdekatan.

Manakala pasukan bomba yang tiba kemudian, menggunakan tiga aliran tiga nozel air dari pili yang berdekatan.

Operasi penyejukan berakhir jam 2.21 pagi tadi.

Identiti mangsa yang melecur dikenal pasti sebagai Huring Laing, 70, seorang warga emas perempuan.

Dia kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Sg Asap untuk rawatan awal.

Kawasan penempatan Sg Asap ini diwujudkan kerajaan bagi menggantikan kediaman penduduk Belaga yang terjejas oleh Projek Hidroelektrik Bakun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru