KUCHING: Speaker Dun Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar semalam menegaskan bahawa Perjanjian Malaysia (MA63) adalah triti antarabangsa, yang pindaannya tidak boleh dilakukan oleh mana-mana pihak tanpa persetujuan semua penandatangan pihak yang terlibat.

Katanya, MA63 turut melibatkan Kerajaan Britain, Singapura, Persekutuan Malaya, dan wilayah Kepulauan Borneo dan ia ditandatangani pada 9 Julai 1963.

“Oleh itu, sebarang pindaan ke atas perjanjian MA63 tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan pihak yang terlibat.

Asfia berkata, triti ini umpama surat beranak kepada Malaysia dan bukannya
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Speaker Dun Terengganu Yahya Ali semalam.

Tambahnya, kegagalan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan minggu lalu adalah kerana ia tidak mengikut perkara yang boleh dipinda dan tidak boleh dipinda.