SIBU: University College of Technology Sarawak (UCTS) hari menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan NEM Malaysia Sdn Bhd.

MoU ini ditandatangani untuk membangunkan dan kerjasama menyelaras projek penyelidikan bersama,pendidikan dan latihan kerjasama yang kebanyakannya berkaitan dengan bidang blockchain.

Naib Canselor UCTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, “MoU ini antara UCTS dan NEM Malaysia ialah berkaitan teknologi blockchain. Blockchain merupakan teknologi baru bagi membolehkan penghantaran maklumat secara selamat yang menggunakan satu platform “distributed”.

“Teknologi Blockchain membolehkan dua pihak berkongsi maklumat secara selamat walaupun dia menggunakan rangkaian komputer yang meluas. Tetapi, dia boleh menjamin keselamatan maklumat lah,” ujarnya.

Tambahnya lagi, “Teknologi Blockchain ini menyokong pembangunan Revolusi Industri 4.0 . Ia ialah satu teknologi yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang,ataupun aplikasi seperti perbankan, pendidikan, dalam sistem pentadbiran kerajaan dan sebagainya.”

“UCTS bekerjasama dengan NEM Malaysia , adalah untuk mendedahkan teknologi ini kepada pelajar-pelajar kita. Hal ini supaya mereka ini bila keluar kelak dari universiti ini, mereka telah mengetahui teknologi terkini yang harus hadapi bila mereka masuk dalam pasaran pekerjaan tak kisah dalam bidang apa,” jelasnya.

Tambahnya lagi, “Pelajar boleh juga membuat projek tahun akhir ini berkaitan dengan blockchain dibantu oleh pensyarah dan NEM Malaysia, dan mereka boleh membuat latihan industri dengan NEM Malaysia atau dengan syarikat yang berkerjasama dengan NEM Malaysia.”

“Ini merupakan teknologi baru, maka ia harus diserapkan dalam kurikulum kita dimana kita rasakan perlu komponen teknologi blockchain ini, haruslah dimasukkan dalam silibus ataupun kurikulum dalam program yang kita rasa berkaitan lah supaya ia bergerak mengikut zaman lah. Paling penting, pensyarah juga akan didedahkan dengan teknologi ini, ” ujarnya lagi.

Katanya lagi, “dari segi pembangunan penyelidikan , ini adalah satu peluang yang baik untuk pensyarah kita mahupun pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah untuk menerokai bidang blockchain ini dan menyiapkan diri mereka dalam teknologi baru ini lah.”

“MoU ini membuktikan bahawa UCTS aktif dalam Revolusi Perindustrian 4.0 dan menyokong dasar Ekonomi Digital yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

“Kami membantu Kerajaan Negeri Sarawak supaya kita dapat memberi saru cadangan strategik. Apabila kita bergerak ke arah teknologi blockchain kelak, kita mempunyai fahaman yang jelas, kita mempunyai satu perancangan yang teliti , dan pelan tindakan yang mengurangkan risiko kegagalan ,” jelasnya .

“Serta mengenalpasti apakah aplikasi-aplikasi yang kita rasa yang dijadikan sebagai contoh, contohnya Pilot Project supaya kita boleh gunakan satu dua aplikasi ini untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa teknologi blockchain ini , ini lah cara kita gunakan , dan inilah manfaat yang telah kita capai untuk blockchain lah,” katanya .

MoU ini ditandatangi antara Naib Canselor UCTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid dan Pengarah , Pembangunan Perniagaan , NEM Malaysia , Andy Roy Sian di kampus ini pagi tadi.