LONDON: Jawahir Roble atau dikenai sebagai dipanggil JJ merupakan pengadil bola sepak wanita pertama di Britain.

JJ beragama Islam, berkulit hitam dan memakai jilbab.

Keluarga JJ berhijrah dari Somalia ke Britain memulakan hidup baru ketika berlakunya perang saudara di negaranya.

Sejak kecil, JJ peminat sukan bola sepak itu sudah bercita-cita menjadi pengadil permainan tersebut.

Awalnya, cita-cita JJ ditentang oleh orang tuanya.

Ayah dan ibunya tidak mahu JJ, seorang perempuan “berlari-larian” di padang.

Namun, larangan itu tidak mematahkan semangat JJ mengejar cita-citanya.

JJ terus bermain bola.

Akhirnya dengan penuh semangat, pada suatu hari JJ memberitau ibu bapanya bahawa dia tekad dan nekad menjadi pengadil permainan bola sepak.

Kini, JJ menyasarkan untuk menjadi pengadil Liga Super Wanita FA.