Star Wars: The Rise of Skywalker muncul 20 Disember 2019

Judul episod IX siri Star Wars diumumkan dalam acara di Chicago, berserta sedutan pelancaran “teaser” video filem tersebut di Twitter bertemakan: “Setiap generasi memiliki legenda.”

Treler sudah ditonton 17.5 juta di Youtube.

Sutradara JJ Abrams berkata, filem tersebut menggunakan beberapa latar waktu berdasarkan sekuel The Last Jedi.

The Rise of Skywalker dirancang diterbitkan Disember ini.

Meskipun ditampilkan mati pada akhir Episod VI, Return of the Jedi, Kaisar Palpatine tampaknya dikembalikan pada sekuel ini.

Ketawa jahat Palpatine terdengar pada hujung video treler.

Aktor Ian McDiarmid pemegang watak tersebut berjalan di pentas lalu disambut tepuk tangan hadirin pada acara pelancaran judul filem tersebut.

Video treler dua minit, sedutan filem terbaru itu, turut menampilkan adegan Puteri Leia lakonan mendiang Carrie Fisher.

Puteri Leia memeluk Rey (Daisy Ridley).

Sementara suara Luke Skywalker sebagai latar belakang mengatakan: “Kami akan selalu bersamamu. Tak ada satu pun yang benar-benar hilang.”

Carie Fisher meninggal dunia 2016 lepas, namun pereka adegan filem menggunakan rakaman videonya sebelum ini dari episod The Force Awakens.

Bercakap pada acara “Perayaan Star Wars” di Chicago, JJ Abrams berkata merupakan suatu keajaiban dapat melanjutkan kisah Puteri Leia.

“Ia begitu hidup di dalam adegannya dan hal paling gila adalah betapa ini semua terasa tidak gila.

“Putri Leia tampil dalam filem ini melalui cara membuatku terfana.”

The Rise of Skywalker merupakan episod ketiga dari sekuel ketiga filem Star Wars garapan George Lucas 1977.

Presiden Lucas Film Kathleen Kennedy, setuju dengan pengacara Stephen Colbert yang menyatakan bahawa usaha mengisahkan cerita dalam rangkaian sembilan filem Star Wars “belum pernah ada sebelumnya”.

“Yang menarik ini sudah lebih 40 tahun,” ujarnya pada acara tersebut.

“Agar ini tetap relevan dan bermakna bagi setiap karakter dan semua orang yang mengalami kisah ini, filem ini harus sesuai dengan masanya.

“Kami meresapi dengan hati semua yang menginspirasi George Lucas lalu saya rasa inspirasi yang diberikan JJ Abram ke dalam filem ini membuat ia menjadi lebih dalam.”

Para peminat ternyata menyambut baik kemunculan kembali watak Lando Calrissian dimainkan oleh Billy Dee Williams.

Watak lain turut muncul antaranya robot C-3PO, Rey, Finn, Poe, BB-8.