Tuesday, September 27, 2022

Beruang bersiar di kilang di Tennessee

Secara Rawak

TENNESSEE: Seekor beruang seberat 400 kilogram ditemui merayau di sekitar kilang Denso di Maryville, Tennessee.

Kehadirannya disedari selepas fotonya dirakam oleh CCTV kilang terbabit.

Ia kelihatan mengelilingi kilang terbabit. Beruang itu kembali semula pada keesokan harinya.

Pihak pengurusan Denso menghubungi Agensi Perkhidmatan Haiwan Liar Tennessee untuk memindahkan beruang itu dan mereka menembak beruang itu menggunakan dart penenang.

Beruang itu yang dinamakan Denso Bear itu kemudiannya ditangkap dan ditempatkan ke kawasan lain.

Ia juga diberikan alat berupa tag telinga dan “penyesuaian aversive” yang direka untuk menghalangnya daripada kembali ke kilang atau kawasan sekitarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru