KUCHING: Melakukan sumbang mahram, tidur dengan adik ipar berusia 15 tahun.

Disebabkan perbuatan kejinya itu, seorang buruh berusia 22 tahun diheret ke mahkamah.

Perbuatan pertama dilakukan di rumah kongsi pekerja di sebuah kilang di sini pada Disember lalu.

Tidak puas, buruh  terbabit melakukan kesalahan kedua terhadap mangsa pada 4 pagi hingga 11.30 pagi di sebuah hotel di sini.

Di Mahkamah Sesyen semalam dibebaskan dengan jaminan RM20,000 oleh dua penjamin.

Hakim Marutin Pagan membenarkan ikat jamin terhadap lelaki itu dengan setiap penjamin mestilah berpendapatan tidak kurang RM3,000 sebulan.