SIBU: Satu stor penyimpanan peralatan kimpalan telah terbakar di Sibu.

Kebakaran yang berlaku di Jalan Kwong Ming Hilir, Sungai Bidut dipercayai berlaku pada jam 10.15 pagi.

Pihak bomba yang menerima panggilan pada jam 10.28 pagi terus bergegas ke tempat kejadian dari Balai Bomba Sungai Merah.

Satu jentera FRT Nissan dan satu Toyota Hilux dikerah ke tempat kejadian bersama dengan sembilan anggota yang diketuai oleh Komander Operasi, PBT Mohd Shukri Bin Abdul Rahim.

Menurut Komander Operasi, “sebaik sahaja tiba di lokasi pada jam 10.48 pagi dan pihak bomba terus memulakan operasi menyelamat dan memadam api.”

“Sebuah stor dua tingkat penyimpanan peralatan kimpalan bersaiz 50×30 kaki persegi dan tinggi 20 kaki jenis tidak kekal telah terbakar 100% dan hanya tinggal bara api,” jelasnya.

Ujarnya, “Kami telah menggunakan dua aliran salur bantu mula, dua nozzle air tangki jentera dan dua aliran 100 kaki , dua nozzle pam angkut godiva GP 10/10 air terbuka dari kolam udang berhampiran untuk memadam sisa-sisa bara api yang tinggal.”

“Hanya sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 juga telah terbakar 100% di dalam kebakaran tersebut,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, “Pegawai Siasatan Zon telah dihubungi untuk tindakan siasatan. Sawar-sawar telah dipasang di lokasi dan ambil milik premis telah dibuat .”

“Setelah selesai membuat overhaul dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya serta tiada lagi punca-punca yang boleh menyebabkan kebakaran semula ,” ujarnya lagi.

Jelas Komander lagi, “tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran . Operasi berjaya dikawal pada jam 10.55 pagi dan operasi tamat pada jam 12.20 tengah hari tadi.”