SIBU: Satu kemalangan melibatkan warga emas telah berlaku pagi tadi.

Kejadian ini berlaku di Jalan Oya dipercayai merupakan kemalangan kendiri dan mangsa dikenali sebagai Tang Ling Ong.

Pihak Bomba yang menerima aduan pada jam 7.50 pagi lalu bergegas ke tempat kejadian .

Sebuah FRT Scania dan sebuah EMRS dikerah ke tempat kejadian bersama-sama dengan sembilan kekuatan yang diketuai oleh PBKII Norman selaku Komander Operasi.

Menurut Komanden Operasi, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian pada 8.10 pagi , pihak nya mendapati kemalangan kendiri telah berlaku. Kenderaan mangsa terjatuh di dalam parit.

“Pihak bomba tiada melakukan kerja-kerja penyelamatan kerana mangsa berjaya keluar sendiri daripada kereta tersebut. Pasukan bomba melakukan pemeriksaan di sekeliling kawasan tersebut serta memastikan keadaan benar-benar selamat dan terkawal ,” jelasnya.

Katanya lagi, “Mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.”