BANDAR SERI BEGAWAN: Menteri Luar Brunei, Erywan Yusof  berkata, pelaksanaan undang-undang syariah di negara itu bertujuan lebih kepada mendidik, mencegah, rehabilitasi dan membentuk, berban­ding hanya menghukum.

Katanya seperti dilapor BBC, hukuman mati ke atas pelaku zina dan homoseksual dalam undang-undang syariah negara lebih bertujuan untuk mencegah berbanding menghukum.

Penjelasan itu dibuat susulan kenya­taan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengkritik penguatkuasaan undang-undang berkenaan.

Mengikut undang-undang itu, pesalah liwat, zina dan rogol boleh dikenakan hukuman mati selain direjam serta hukuman potong tangan terhadap individu yang didapati bersalah atas kesalahan mencuri.

Jelasnya, undang-undang syariah tidak menghukum berdasarkan orientasi seksual atau kepercayaan termasuk hubungan sejenis.

“Hukuman jenayah terhadap ‘penzinaan dan liwat adalah untuk melindungi keturunan dan perkahwinan individu Muslim terutama wanita’.

“Hukuman maksimum bagi pemotongan tangan atau mati hanya dijalankan bagi kes ter­tentu dengan sekurang-kurangnya dua lelaki ‘mempunyai moral tinggi dan warak’ perlu menjadi saksi,” katanya seperti dipetik BBC lagi.