HEREFORDSHIRE: Fosil dari sejenis haiwan misteri yang dipercayai berusia 430 tahun ditemui di Herefordshire, England baru-baru ini.

Fosil yang masih elok tubuh badannya itu dikenal pasti oleh palaeontologis dari UK dan AS sebagai spesies yang mempunyai kaitan dengan babi laut dan timun laut.

Biarpun fosil ini hanya berukuran 3 meter lebar, ia mempunyai banyak sesungut yang panjang.

Fosil ini dijumpai di dalam tompokan abu gunung berapi di kawasan Herefordshire.

Berikutan rupa bentuknya yang begitu pelik, haiwan tersebut dinamakan Sollasina cthulhu iaitu watak haiwan dalam cerita alien tulisan HP Lovecraft.