KUCHING: Pihak sekolah di negeri ini diingatkan supaya tidak perlu menggantikan cuti peritiwa.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Sulaiman Wak berkata, guru besar dan pengetua perlu jelas akan perkara ini kerana sejak dahulu lagi ia tidak perlu diganti.

“Cuti peristiwa sudah termaktub dalam peraturan sedia ada. Sekolah berhak menikmatinya empat hari setahun,”jelas beliau di pada majlis penutupan Konvensyen Pendidkikan Kebangsaan Ke-25 dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Ke-37 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia tahun 2019 di Hotel Riverside, semalam.

Kata Sulaiman, sejak beliau bergelar guru pada awal 1980-an lagi, tidak pernah ada cuti peristiwa diganti.

Sulaiman berasal dari Sarawak dan kini pegawai tertinggi dalam Kementerian Pelajaran dari Sarawak.

“Maknanya empat hari tidak perlu diganti sebab empat hari tidak perlu ada proses pengajaran-pembelajaran,”’ jelasnya lagi.