Serang dua manusia, beruang betina dihukum penjara seumur hidup

NUR SULTAN: Pada 2004 beruang betina bernama Ekaterina atau juga dikenali sebagai Katya menyerang seorang kanak-kanak, Nursultan Kh, 11, di lokasi perkhemahan ketika dia cuba memberi haiwan itu makan di Khazakhstan.

“Semuanya terjadi tiba-tiba, saya melemparkan makanan kepadanya, tapi dia menangkap kaki saya. Saya tak ingat apa-apa,” kata Nursultan.

Setelah menyerang budak itu, Katya kemudian menyerang Victor O, 28.

Ketika itu Victor mabuk dan cuba bersalaman dengan beruang itu, akhirnya dia diserang.

Selepas peristiwa itu, Katya ditahan dan dihukum penjara seumur hidup dalam kawalan ketat di Kostanay bersama-sama 730 penjahat berbahaya lain, memetik Daily Mail.

Penjara Kostanay terletak 700 kilometer dari ibu kota Nur Sultan.

Katya bersalah kerana menyebabkan mangsa cedera parah.

Uniknya, Katya satu-satunya haiwan yang ditahan di situ serta hanya tahanan yang memiliki kolam renang di dalam selnya.

“Sayangnya kita tidak dapat membawa beruang jantan ke selnya,” kata jurucakap penjara bahagian pendidikan Azamat Gapbasov.

Katya turut menjadi simbol penjara dengan sebuah patung didirikan di luar penjara untuknya.

Seorang tahanan lain Igor Tarakanov, 43, seperti dilaporkan mengaku Katya tenang dan tidak agresif.

Menurut Igor Katya suka makanan manis yang diberikan tahanan lain kepadanya seperti biskut, epal dan sebagainya.

“Berhubung dengan seekor haiwan membuat masa saya di sini tidak begitu menyakitkan,” akui Igor.