Sunday, June 26, 2022

Monyet “merah” dipinggirkan rakan monyet lainnya

Secara Rawak

YILAN: Seekor monyet yang tinggal Taman Botani Renshan Yilan, Taiwan dipinggirkan oleh kawan monyetnya yang lain selepas badannya disiram cairan atau cat berwarna merah oleh seseorang.

Badannya yang sudah berubah warna itu menyebabkan monyet lain enggan mendekatinya lagi.

Jurucakap Jabatan Pertanian dan Haiwan wilayah Yilan percaya sekumpulan petani menangkap monyet tersebut dan menyiram badannya dengan cat atau pewarna merah.

Pegawai dari Yilan menghantar pasukan mereka menyiasat lebih lanjut perkara ini dan memantau keadaan monyet terbabit.

Pihak pengurusan Taman itu juga tidak tahu mengapa monyet itu dipinggirkan sama ada akibat warna badannya sudah berubah atau ia dianggap sebagai ancaman kepada mereka.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru