KUCHING: Memang menjadi keazaman dan misi strategik Kerajaan Sarawak untuk menggalakkan bakat-bakat tempatan yang mahir dalam teknologi dan juga mencapai pensijilan tertinggi dalam bidang digital.

Ketua Menteri berkata, ini selari dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan ekonomi digital di negeri ini.

“Kita yakin bakat-bakat anak Sarawak dalam bidang teknologi digital akan menyokong negeri ini dalam merealisasikan visi ekonomi digital, seterusnya menjadikannay negeri termaju di Malaysia menjelang 2030,” jelasnya.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dengan penerokaan dalam bidang tersebut akan mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis di Shenzen, China baru-baru ini.

Melalu penubuhan Akademi Digitakl Centexs, katanya, program semasa dan akan datangakan diperlopori oleh Centexs dan Huawei.