KUCHING: Pengerusi PKR Sarawak berkata Kerajaan PH telah menunjukkan keikhlasannya dengan meminda perkara 1(2) Perlembagaan  Persekutuan bagi mengembalikan status Sarawak dan Sabah ke kedudukan asal seperti pada 1963 sesuai dengan janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu.

Namun, kata Baru yang juga Menteri Kerja Raya, apabila tiba kepada pengundian, ahli parlimen GPS memilih untuk tidak mengundi.

Sebanyak 148 ahli parlimen menyokong manakala 59 lagi tidak mengundi RUU itu di Dewan Rakyat.

Jelasnya, sekiranya pindaan itu diluluskan Sabah dan Sarawak akan dapat mengambil bahagian dalam perbincangan ini sebagai rakan kongsi.

“Terdapat wakil Kerajaan Sarawak di setiap Jawatankuasa Pemandu yang membincangkan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Baru turut mendakwa tindakan ahli parlimen GPS adalah bermotifkan kepentingan politik.

GPS menjelaskan ia membantah dan tidak menyokong pindaan itu kerana tidak memenuhi aspirasi sebenar rakyat Sarawak, selain tidak bersifat menyeluruh dan dibuat tergesa-gesa.