KUCHING: Sikap memekakkan telinga untuk mendengar suara sebenar rakyat Sarawak menyebabkan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan oleh Pakatan Harapan gagal.

Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, beliau kesal terhadap Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen kerana telah bertindak sebagai jurujual untuk tuan-tuan Malaya beliau.

Jelas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, Chieng Jen memprsetujui perubahan dalam RUU itu tetapi tidak pernah mempersoalkan Kerajaan PH yang gagal menyebut MA63 dalam pindaan itu.

Kerajaan Sarawak menyifatkan pindaan itu sebagai tidak menyeluruh dan gagal menterjemahkan aspirasi rakyat Sarawak dan Sabah.

Tegas Sim, GPS tidak menentang pindaan itu tetapi mahu memastikan ia dibentangkan secara lengkap dan menyeluruh, bukannya separuh-separuh.