Remaja perempuan bunuh adik lelaki, makan zakarnya

SAO ROQUE: Karina, 18, membunuh adik lelakinya Maycon Roque, 5, lalu memotong kemaluannya kemudian memakannya.

Polis menyiasat kes ini dan mengaitkannya dengan amalan ilmu hitam kerana mayat ditemui di lantai yang dikelilingi lilin.

Tubuh Maycon Roque ditemui ibunya di rumah keluarga di mereka Sao Roque, tenggara Brazil di samping kakaknya itu dengan luka yang aneh pada pergelangan tangan.

Sebahagian kepala kanak-kanak malang itu turut dipenggal, kedua-dua bola matanya ditusuk dan kakinya dibakar.

Karina mengaku memotong alat kelamin adiknya dan memakannya.

Menurut polis, ibu Karina keluar membeli-belah dan meninggalkan dua beradik itu di rumah.

Apabila pulang, si ibu mendapati pintu depan rumah terkunci.

Pintu berjaya dibuka dengan bantuan saudara-mara ibunya yang berdekatan.

Setelah masuk, si ibu pengsan melihat keadaan anak lelakinya.

Suspek cuba melarikan diri ketika bapa saudara dan ahli keluarga lain menahannya.

Karina mengakui memujuk adik ke kamarnya, lalu membunuhnya dengan cara mendekap mukanya dengan bantal.

Penyiasat menemui telefon bimbit ponsel terbakar, kad memori, pisau lipat dan ganja di rumah kejadian.

Polis menyiasat kaitan pembunuhan tersebut dengan ritual pemujaan syaitan dan jaringan sosial terlibat.

Ahli keluarga mengakui sebelum ini suspek tiada masalah peribadi yang jelas dan seorang yang pendiam.

Suspek ditahan di Penjara Wanita Votorantim di Sao Paulo dan ditempatkan dalam ruangan khas.