Calon presiden AS, Beto tuding Netanyahu rasis, pemusnah perdamaian Timur Tengah

IOWA: Calon presiden Amerika Syarikat (AS) Beto O’Rourke menyebut Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai rasis dan dalang pemusnah perdamaian di Timur Tengah.

Kenyataan keras dan dianggap tidak popular di hati pelobi Yahudi di AS itu muncul ketika mantan anggota Dewan Perwakilan dari Texas itu berkempen di Iowa.

“Hubungan AS-Israel salah satu hubungan paling penting,” kata O’Rourke.

“Hubungan itu, jika mahu berjaya ia perlu melangkaui keadaan berpihak AS (di Isrtael) dan ia harus mampu melampaui perdana menteri yang rasis,” ujarnya dan merujuk kenyataan itu kepada Netanyahu.

Ketika ini Netanyahu berusaha menjadi perdana menteri Israel semula melalui pilihan raya yang sedang berlangsung.

Netanyahu bersekongkol dengan faksi ultranasionalis, yang anggotanya menyerukan kempen mengusir orang Arab.

O’Rourke mengutuk niat Netanyahu yang mahu menawan Tebing Barat jika menang pilihan raya Israel kali ini.

Pandangan O’Rourke menggambarkan berlaku perpecahan dalam Demokrat.

Berbezakan dengan Donald Trump yang menyokong Netanyahu.