KUCHING: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin terkejut dengan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Teo Ni Ching yang menggesa Sarawak menyediakan RM1 bilion secepat mungkin untuk tujuan membaikpulih sekolah daif.

Beliau dengan tegas mengatakan yang perkara berkaitan pendidikan dan sekolah adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat.

Mengulas mengenai persefahaman Kementerian Pendidikan dengan kerajaan negeri berhubung isu tersebut, beliau mengatakan rundingan akan diteruskan.

Katanya lagi, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik telah pun bersetuju tawaran pinjaman RM1 bilion daripada Sarawak akan dianggap kontra kepada hutang negeri kepada kerajaan pusat.