KUCHING: Dalam tempoh 2012 hingga 2016, tidak terdapat pengurangan kes kanser servix yang ketara di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak YB Dato Sri Fatimah Abdullah berkata dalam tempoh tersebut sebanyak 598 kes kanser servix telah dicatatkan di Sarawak.

“Sejak tahun 2012 hingga 2016 sebanyak 598 kes kanser servix telah dicatatkan di Sarawak.

“Pada tahun 2018 pula, terdapat 120 kes kanser servix telah dicatatkan di Sarawak, iaitu dalam tempoh 3 hari terdapat satu kes dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Launcing Pink & Teal: HPV Self Testing For Prevention of Cervical Cancer di City One Mall, semalam.

Hadir sama wakil Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Dr Tan Cheng Siang, wakil Pengurus Besar Borneo Indah Cik Foo Yi May, Presiden Pengasas Pink & Teal Dr. Abigail Jerip, Pengarah Cityone Megamall Stephen Long dan Pengurus Besar Cityone Megamall Brandon Lo.

Pink and Teal yang dilancarkan ini bertemakan ‘SigekKitak, SigekKamek: Kempen Pemeriksaan Servikal’ yang mengunakan cara D.I.Y (do it yourself) merupakan kaedah yang pertama di Sarawak.

Setiap pembelian kit yang telah dibeli akan didermakan satu kit kepada wanita yang kurang bernasib baik.

Sementara itu, turut diadakan Larian Maraton Pink & Teal yang menggunakan kasut tinggi sejauh 400 m yang pertama kali diadakan di Sarawak dan pertandingan ‘Women’s Half Marathon’.

Mengulas lanjut kanser servix ini, Dato Sri Fatimah menjelas kanser servix ini merupakan penyakit kedua tertinggi yang dicatatkan di Malaysia.

“Kanser ini telah menyebabkan 1/4 juta kematian di dunia iaitu 85 peratus dari negara-negara membangun.

“Bagaimanapun, kanser servix ini akan berkurangan kepada 90 peratus apabila ianya dicegah melalui vaksin dan pemeriksaan.

“Berbanding negara maju, kanser servix ini bukanlah menduduki tempat teratas di mana kaedah pemeriksaan mereka sangat diperakui,” tambahnya.

Mengenai cara mengatasi kanser servix ini, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan wanita sama ada yang tinggal di pedalaman dan bandar.

“Bagi wanita yang tinggal di pedalaman, mereka ini boleh melakukan ujian pemeriksaan selepas selesai melakukan ‘screen circuit’ terhadap payu dara, pelvik dan kesihatan gigi mereka.

“Sementara, wanita yang tinggal di bandar mereka boleh membeli kit yang diterima melalui mel. ‘Drop off’ akan bermula seminggu dari tarikh ujian (sekali sebulan). Hasil dan akan ada ‘follow up’ melalui sistem pesanan ringkas (SMS)/Whatsapp kepada nombor telefon yang telah didaftarkan.

“Mereka boleh melakukan ‘drop off’ di Gerai City One Pink & Teal, Klinik O&G, Hospital Besar Sarawak dan klinik O&G Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),” jelasnya.