Kuching: Fasa kedua operasi anti-rabies di Padawan yang bermula 4 hingga 8 April lalu telah dilaksanakan dengan jayanya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sebanyak 1,331 anjing menerima suntikan.

Pada masa yang sama, sebanyak 1,271 anjing terbiar dihapuskan, beliau berkata demikian dalam siding akhbar pasca-operasi fasa kedua di Kuching hari ini.

“Secara keseluruhannya operasi itu berjaya dalam mencapai objektifnya iaitu untuk memberi suntikan vaksin anti-rabies kepada 100 peratus populasi anjing (peliharaan) dan menghapuskan anjing terbiar dan setakat ini, kita telah mencapai 73%,” Datuk Amar Douglas Uggah.

Operasi ini meliputi tiga zon membabitkan Zon A (Matang ke kawasan Batu Kawa), Zon B (Kota Sentosa ke Kota Padawan) dan Zon C (Siburan, Jalan Link dan kampung-kampung di Jalan Borneo Height dan Padawan).

Fasa ketiga operasi anti-rabies akan bermula esok di Kota Samarahan diikuti Kuching bermula 21 hingga 2 Mei.