KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni turut memberikan keputusan Putra Jaya menolak tawaran pembayaran hutang RM1 billion melalui kaedah kontra untuk penyelesaian pembangunan semula sekolah daif.

Beliau yang berkata demikian di dalam catatan terbaharu Facebooknya berkata, “Saya terkejut dan marah apabila mengetahui perkembangan terbaru mengenai peruntukan RM1 billion yang ditawar oleh kerajaan Sarawak sebagai kontra pembayaran hutang kerajaan negeri kepada persekutuan sekaligus diguna bagi penyelesaian masalah sekolah daif ditolak oleh Kerajaan Persekutuan.”

“Dalam rundingan antara YAB Ketua Menteri dan Menteri pendidikan, kedua-dua pihak bersetuju dengan mekanisma pembayaran dan kegunaan wang RM1Billion tersebut. Menteri Pendidikan turut berbesar hati mengumumkan perkara tersebut,” jelasnya.

Katanya lagi, “Satu jawatankuasa khas akan ditubuh antara Kerajaan Sarawak, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kewangan . Ini bermakna wang tersebut agak diguna sepenuhnya bagi tujuan sekolah daif di Sarawak, dari segi reka bentuk, tawaran kontrak akan diputuskan bersama dan agensi yang terlibat. “

“Tindakan kerajaan ini seolah-olah respon kepada situasi semasa berkaitan pembentangan pindaan perlembagaan Artikel 1(2) di parlimen sekarang. Saya nak tekankan kami dari Gabungan Parti Sarawak ( GPS ) minta ditangguhkan agar pindaan tidak terburu dan hak Sarawak terjamin melalui pindaan bukan sekadar perubahan susun kata,” ujarnya.

Tegasnya, “Ini adalah tindakan buli dan penindasan terang-terangan kepada rakyat Sarawak khususnya kepada pelajar, guru dan ibu bapa. Masa depan anak-anak Sarawak diperjudikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. “