KUCHING: 500,000  — itulah angka sasaran peserta untuk Program Jom baca bersama untuk 10 Minit pada 23 April ini di seluruh Sarawak.

Program anjuran Majlis Pengarah Perpustakaan Awam itu berlangsung dari 11 pagi hingga 11.10 pagi.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Arpah Adenan, objektif program ini sebagai usaha membudayakan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat.

“Ini juga menjadi sinergi antara 13 perpustakaan awam negeri seluruh Malaysia dengan pihak Jabatan Pelajaran, jabatan dan agensi lain di peringkat negeri dan kebangsaan dalam merangka proses pembelajaran sepanjang hayat,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Melalui program ini, katanya, diharapkan akan lahir masyarakat, terutama dalam kalangan generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama dan berkemahiran tinggi.

Pada tahun lalu, jumlah menyertai program ini ialah 246,235 orang.

Pustaka Negeri Sarawak