Sunday, August 7, 2022

Penjala ikan ditemukan lemas di Jeram Pelagus

Secara Rawak

KAPIT: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke sungai ketika menjala ikan di kawasan Jeram Pelagus petang Jumaat lalu, ditemukan lemas kira-kira 10.20 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Freddy Bian berkata, mangsa yang dikenali sebagai Bansa Anak Judan, 65, dari Rumah Belaja, Nanga Benin, ditemui di Jeram Bidai, hilir Jeram Pelagus.

Menurutnya, menantu mangsa telah membuat laporan polis kejadian berhubung kejadian tersebut pada 11.25 pagi Sabtu, menyatakan mangsa terjatuh sungai semasa menjalan ikan seorang diri, kira-kira 3.00 petang Jumaat lalu.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan anggota polis dari IPD Kapit, Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Angkatan Pertahanan Awam Kapit serta penduduk rumah panjang.

Jurucakap, Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak memberitahu, mayat mangsa ditemui pada jarak 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh dan dibawa ke jeti Kapit dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.  — BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru