KUCHING: Bandaraya Miri dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran pertandingan ratu cantik Miss Grand Malaysia 2019 yang bermula pada 21 sehingga 28 April 2019 ini.

Seramai 24 finalis yang akan berentap untuk merebut gelaran Miss Grand Malaysia 2019 dan berpeluang mewakili negara ke peringkat ratu cantik Miss Grand International yang akan diadakan di Venezuela pada bulan Oktober 2019.

Pertandingan awal akan diadakan pada 26 April 2019 bertempat di Coco Cabana Miri dan malam penobatan pada 28 April 2019 bertempat di Meritz Hotel Miri.

Buat julung kalinya, pertandingan ini diadakan di luar Lembah Klang dan memilih Bandaraya Miri menjadi tuan rumah lebih-lebih lagi kebanyakan peminat pertandingan itu datang dari selatan Malaysia dan sekaligus membawa pertandingan seumpama ini lebih dekat ke hati para peminat dan penyokong.

Selain itu, penganjuran Miss Grand Malaysia 2019 ini menyokong inisiatif Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak dan Lembaga Pelancongan Sarawak bersempena dengan Kempen Melawat Sarawak 2019 dan “Sarawak More To Discover”.

Malam penobatan akan menampilkan pemenang Miss Grand International 2018 dari Paraguay, Clara Sosa dan pemenang Miss Grand Malaysia 2018 Debra Jeanne Poh serta tetamu kehormat Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Pertandingan Miss Grand Malaysia 2019 dipersembahkan oleh Nur Sajat Aesthetics dan wang tunai berjumlah RM200,000 dan hadiah sampingan menanti tiga pemenang teratas serta gelaran sampingan termasuk Miss Social Media, Best in Evening Gown, Best in Swimwear dan Miss Popular Vote.

Kepada anda yang mahu membeli tiket boleh melayari lamam web www.ticket2u.com.my untuk “early bird prices” sampai 15 April 2019.

Untuk mengetahui perkembangan terkini boleh mengikuti Facebook & Instagram Miss Grand Malaysia .

Miss Grand Malaysia 2019 disokong Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak dan Lembaga Pelancongan Sarawak dan Majlis Bandaraya Miri.