KABONG: Peserta dari Sarawak dan Sabah masing-masingnya mengungguli Pertandingan Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan Dan Inovasi Guru (KPKTDIG) Peringkat Kebangsaan 2019 apabila dinobatkan sebagai juara bagi kategori kajian tindakan dan inovasi yang berlangsung di sini dari 4 hingga 6 April (semalam).

Cheng Tun Kuet dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Senau, mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Dalat, Mukah Sarawak muncul sebagai juara dan penerima anugerah emas bagi kategori kajian tindakan.

Naib juara menjadi milik peserta yang mewakili Institut Pendidikan Guru (IPG) Rajang Bintangor. Pembentangnya terdiri daripada Mohd. Nur Hifzhan Nordan, Laura Igat, Feona Badindang, Jezriel Supang Ucho dan Mohd Fariq Ariffin Abdullah.

Tempat ketiga pula jatuh kepada Zuraini Marion, peserta dari Sekolah Dalam Hospital, Wad 15, ( Pediatrik) Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor.

Manakala Mohd. Nordin Khadis (Pusat Tingkatan Enam SMK Limbanak, Penampang Sabah) memenangi tempat keempat, diikuti Norlida Haji Abdullah (Sekolah Menengah Sains Sabah) menduduki tempat kelima dan tempat keenam pula ialah Zakia Setu dari SMK Agama Tun Ahmad Zaidi , Kuching Sarawak.

Untuk kategori pertandingan inovasi, Hamidah Raya dari SMK Pinggan-Pinggan Pitas Kota Marudu Sabah muncul juara dengan inovasi bertajuk Kad Piramid Karangan Pelbagai Guna.

Di tempat kedua pula jatuh kepada IPG Kampus Rajang Bintangor dengan pembentang inovasi terdiri daripada Alice Pu Ting anak Kosin, Rajendran A/L K Subramaniam, Dr. Tiong Leh Ling, Vitcsy anak Michael Niob dan Felicita Yii Meei Yong.

Tempat ketiga menjadi milik peserta dari SK Kampung Senau Dalat, Mukah dengan pembentang inovasi terdiri daripada Chang Tun Kuet, Lisa Debra Pey Adum, Siti Habibah Muda dan Fauziah Mahali.

Pemenang tempat keempat ialah Muhammad Luqman Zaian dan Firdaus Eusof Firhad dari SK KLIA Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi, Serdang Selangor.

Teempat kelima Zul Hazmi Ahmad dari SJKT Ladang Repah, Tampin Negeri Sembilan dan tempat keenam pula ialah Noor Liana Rosli dari SK Haji Kelali Semera, Kota Samarahan , Sarawak.

Pertandingan dihakimi oleh Datin Dr. Bushro Alli selaku ketua hakim sambil dibantu dua hakim lain iaitu Dr. Sharifah Nooraida Wan Hassan dan Dr. Mohd. Richard Neles Abdullah.

Hadiah disampaikan kepada pemenang oleh ADUN Kabong, Mohd. Chee Kadir.