KANOWIT: Enam keluarga kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran di Pasar Machan disini pada pagi tadi.

Pihak Bomba yang menerima laporan kejadian pada jam 10.50 pagi bergegas ke tempat kejadian bergegas ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran.

Sembilan orang anggota daripada Balai Bomba Kanowit telah dikerah ke tempat kejadian yang diketuai oleh PBKII Mohd Bujang dengan menaiki sebuah FRT .

Menurut Komanden Operasi, “Kebakaran ini melibatkan sebuah rumah struktur jenis tidak kekal dengan keluasan 40×40 kaki telah terbakar 100%.”

“Pihak Bomba menggunakan satu aliran dua nozel , 200 kaki air dari pili bomba untuk memadamkan kebakaran tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, “Kebakaran dapat dikawal pada jam 11.45 pagi tadi dan kerja-kerja overhaul masih dijalankan .”

“Menurut maklumat yang diperolehi, rumah tersebut dihuni oleh enam keluarga dan lima daripada keluarga adalah penyewa dan keseluruhan mangsa yang terlibat seramai 33 orang,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, “Tiada mangsa cedera yang terlibat di tempat kejadian , dan operasi pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela Machan seramai lima anggota, Polis Diraja Malaysia , Sarawak Energy dan APM.”

Turut hadir di lokasi, Ketua Balai Bomba Kanowit, PPgB Arrahman Bin Chik.