SIBU: Ghairah seks mungkin punca seorang lelaki cuba membuka seluar seorang wanita dan merogolnya di sebuah tandas, kelam malam di sini malam kelmarin.

Nasibnya tidak begitu baik apabila wanita yang sedang mencuci tandas itu menendang alat sulitnya.

Tendangan itu akhirnya menyelamatkan wanita berusia 31 tahun itu daripada dirogol oleh lelaki gila seks itu.

Dalam kejadian 11.50 malam, suspek yang juga pelanggan kelab malam terbabit tiba-tiba masuk ke dalam tandas berkenaan, dan merabanya.

Pergelutan berlaku apabila dia cuba membuka seluar wanita itu.
Ketika itulah wanita berani itu menendang anu lelaki itu menyebabkan tersangka rebah.

Dalam keadaan sedemikian, mangsa pantas menyelematkan diri sambil menjerit meminta tolong.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, jerita mangsa didengari anak majikan yang kemudiannya menyerbu ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa.

Suspek diberkas oleh pemilik kelab malam itu sebelum diserahkan kepada polis.