Friday, August 19, 2022

Ops Rabies besar-besaran  di Samarahan minggu depan

Secara Rawak

KOTA SAMRAHAN: Ops Rabies akan dijalankan secara besar-besaran bagi mengekang penyebaran penyakit berkenaan di Bahagian Samarahan, dari 9 hingga 15 April ini.

Untuk itu, kata pegawai Daerah Samarahan Mohd Aini Wahap, sebanyak 22 kumpulan bakal dikerahkan, terdiri daripada polis, tentera dan pegawai veterinar.

“Justeru, saya menggesa orang ramai supaya memberi kerjasama kerana tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pemilik anjing ingkar,” katanya di sini, Selasa.

Jelasnya, kumpulan terbabit akan dibantu oleh petunjuk arah yang terdiri daripada ketua kaum dan ketua masyarakat bagi mengenal pasti anjing dan pemiliknya.

Di kampung-kampung biasanya, menurut beliau, penduduk memberi kerjasama yang baik.

“Namun, cabaran yang kita hadapi kelak adalah menyingkirkan anjing dari kawasan perumahan,” jelasnya.

“Sekatan jalan raya akan turut dilakukan pihak polis agar anjing-anjing tidak dipindahkan ke kawasan lain,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru