SIBU: Kementerian Tenaga , Sains, Teknologi, Alam Sekitar dah Perubahan Iklim dengan kerjasama Jabatan Kimia Malaysia mengadakan Minggu Sains Negara yang bermula pada hari ini.

Program yang berlangsung selama dua hari di SMK Methodist akan melibatkan pelbagai acara .

Menurut penyelaras program ini, Halifah Mat Yasin, “Minggu Sains Negara ini merupakan acara tahunan kami dan objektif utama penganjuran Minggu Sains Negara 2019 menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar memilih jurusan Sains, Teknologi, Jurutera dan Matematik (STEM).”

“Program ini juga bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan dalam bidang sains . Paling penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Sains , Teknologi dan Inovasi dalam kehidupan seharian,” jelasnya.

Program ini akan dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sibu, Radin Foji Radin Abdul Rahman selaku tetamu kehormat dan majlis penutupan akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah , Jabatan Kimia Malaysia, Dr Cornelia Charito Siricord pada keesokkan harinya.