SIBU: Menjadi salah satu kawasan untuk mencari rezeki, Uptown Sibu dilihat menjadi salah satu kawasan yang boleh dijadikan lokasi untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Wartawan SarawakVoice sempat berada di lokasi dan meninjau Uptown Sibu bagi merasai dan merasai sambutan yang diberikan pengunjung Uptown ini dan sempat menemubual Pengerusi Jawatankuasa Uptown Sibu, Awang Madehi Awang Wahab bagi mendapatkan maklumat mengenai Uptown ini.

Awang Madehi berkata, ” Uptown ini dibuka secara penuh pada 1 Julai tahun lepas dan seramai 30 orang penjual telah memenuhi lot yang disediakan.”

“30 lot ini termasuk disediakan untuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk berniaga tetapi NGO ini belum beroperasi lagi , dan pendek kata, semua boleh berniaga di sini,” ujarnya.

Wartawan Sarawakvoice sempat bertanyakan bagaimana sambutan yang diberikan oleh pengunjung.

Katanya, ” Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan dan walaupun pada mulanya kurang mendapat sambutan tapi atas inisiatif para penjaja , kami menganjurkan program untuk memeriahkan Uptown ini .”

“Contoh program yang telah dilakukan pada setiap minggu ialah ‘Busking’ , ‘ Perlumbaan ‘Hotwheel’, Qasidah, dan pelbagai lagi program dan semenjak itu Uptown ini mendapat sedikit demi sedikit sambutan. Tambahan lagi, kami ada Facebook Page untuk Uptown ini untuk mengemaskini aktiviti kami di sini,” jelasnya.

Wartawan SarawakVoice sempat bertanyakan apakah yang dijual terdapat di Uptown ini?

Katanya, ” banyak produk yang ada dijual di Uptown ini , iaitu pakaian bundle, kuih-muih, keropok, biskut tradisional, barang ‘rare’ dan pelbagai jenis barangan yang ada disini.”

Ditanyakan kelebihan Uptown Sibu berbanding kawasan lain?

Dari kiri, Pengerusi Jawatankuasa Reunion Kampung Dato , Awang Madohi Awang Sulaiman , Dr Annuar Rapaee dan Awang Madehi Awang Wahab

Jawab Madehi, ” Kelebihan Uptown Sibu, infrastruktur lebih tersedia. Berbanding dengan Uptown lain, mereka perlu membawa khemah nya sendiri. Itulah kelebihan kami di sini.”

“Infrastruktur sedia ada sangat baik. Cuma bila cuaca hujan peniaga tidak dapat beroperasi kerana terkena tempias hujan. Perkara ini telah dimaklumkan dengan pihak berwajib dan jawatankuasa Uptown juga telah memohon bantuan dari YB Dr Annuar Rapaee untuk memohon agar dibina struktur bumbung atap ya lebih sesuai untuk tapak lot perniagaan tersebut. Permohonan tersebut sedang dalam pertimbangan,” jelasnya .

Tambah Madehi, ” ADUN Nangka ada beri peruntukan untuk memberikan peralatan bagi menambahbaik Uptown ini dan sekaligus membantu untuk memberikan peruntukan bagi menambahbaik untuk Uptown ini.”

Wartawan Sarawakvoice bertanyakan soalan apakah galakan dan nasihat untuk anak muda yang berniaga disini dan hendak berniaga disini?

Jawab Madehi , ” Seperti yang sedia maklum , banyak anak muda kita berniaga secara atas talian, bila tidak berniaga atas talian itu, boleh jadikan Uptown ini sebagai platform atau peluang untuk memasarkan produk mereka kerana banyak pendekatan telah disediakan.”

Uptown Sibu terletak di Taman Selera Harmoni dan beroperasi dari hari Jumaat hingga Ahad . Waktu operasinya ialah dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.