Friday, October 7, 2022

Pejabat Kebajikan Masyarakat Samarahan agih 350 kotak air minuman kepada tiga kampug di Simunjan

Secara Rawak

SIMUNJAN: Sebanyak 350 kotak minuman telah diagihkan kepada penduduk di tiga buah kampung di Simunjan yang terjejas akibat musim panas.

Menurut Tuai Rumah Kampung Tanjung Sabang Tawi anak Seli berkata pihaknya telah menghantar surat memohon bantuan air kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Samarahan pada 27 Mac lepas.

“Ketiadaan hujan sejak beberapa hari lepas telah menyebabkan kawasan sekitar Simunjan seperti Kampung Sungai Alit, Tanjung Sabang Simunjan dan Tanjung Tanglong mengalami krisis air.”

“Ketiga-tiga buah kampung ini terletak di pesisir sungai yang tidak mempunyai bekalan air paip dan menyebabkan penduduk kampung mencatu air takungan bersih bagi meneruskan aktiviti seharian.”

Daripada 350 kotak air minuman itu, 132 kotak disalurkan ke Kampung Tanjung Sabang yang melibatkan 23 buah keluarga.

Sementara itu, 134 kotak minuman diagihkan kepada penduduk di Kampung Sungai Alit yang merangkumi 22 buah keluarga dan 84 kotak minuman lagi diserahkan kepada 42 penduduk di Kampung Tanjung Tanglong.

Ketiga-tiga kampung ini hanya boleh dihubungi menerusi perahu dan menggunakan pengangkutan pancuan 4 roda.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru