Friday, August 12, 2022

Generasi muda Sarawak digalakkan kuasai kemahiran berbahasa Mandarin

Secara Rawak

KUCHING: Anak-anak muda Sarawak terutamanya Bumiputera digalakkan untuk menguasai kemahiran berbahasa Mandarin dan ramai pelajar yang dihantar untuk belajar di Sekolah Cina yang ada di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, kemahiran berbahasa Mandarin ini penting untuk anak-anak Sarawak masuk ke dalam pasaran ekonomi global.

Jelasnya, umum mengetahui bahawa China merupakan negara kedua mempunyai kuasa pengaruh ekonomi terbesar di peringkat dunia dan kelebihan berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin membuka peluang kepada masyarakat Sarawak untuk terlibat sama dalam pasaran ekonomi dunia tanpa sempadan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis ulang tahun ke-35 Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian dan Makan Malam Kutipan Amal Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bako di Kuching.

Tambahnya, masyarakat Sarawak dulu banyak yang bersekolah di Sekolah Mubaligh yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan menyebabkan banyak anak-anak Sarawak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik sampai sekarang.

Justeru, Ketua Menteri Abang Johari menyeru semua masyarakat terutamanya anak-anak muda Sarawak untuk menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin dengan baik sekaligus dapat menyumbang tenaga bersama-sama demi pembangunan negeri Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru